Di saat satu dunia berdepan dengan pandemik yang menakutkan, Covid-19 sejak Disember 2019 lalu, sedikit sebanyak mempengaruhi emosi ramai di antara kita. Berita-berita yang menakutkan berlegar-legar terpampang di pelbagai saluran media sosial. Reaksi yang dilihat, hasil daripada berita sebegini membuatkan kita semua mempunyai rasa takut, bimbang, risau dan lebih teruk semakin ramai yang menghadapi simptom Anxiety.

Malahan, mengikut perangkaan dari Kementerian Kesihatan Malaysia, akibat dari wabak ini data mendapati ramai rakyat Malaysia memerlukan bantuan perkhidmatan sokongan kaunseling. Sehinggakan KKM mengambil inisiatif untuk menubuhkan talian e-kaunseling di talian 15999 untuk membantu rakyat yang terjejas dari emosi dan mental.

Namun, apa yang Giena ingin kongsikan dalam artikel ini merupakan sesuatu yang bermanfaat terutama untuk membawa diri kita sendiri berlawan dengan perasaan bimbang dan takut sewaktu wabak Covid-19 ini melanda.

Sekarang ini, apa yang kita semua lalui adalah dalam Zone Ketakutan/Fear Zone. Kita dapat melihat berapa ramai rakyat Malaysia yang membuat “Panic Buying” seolah-olah semua stok makanan habis. Bukan itu sahaja, ada segelintir rakyat Malaysia yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita-berita palsu yang lebih membuatkan orang ketakutan.
Ketika di fasa ini, kita dilihat seolah-olah hilang punca dan tidak tahu bagaimana untuk memulakan sesuatu. Seolahnya di hadapan kita adalah jalan gelap yang telah tamat. Namun, sekali lagi Giena nak bertanya pada anda. Adakah betul ia jalan penamat? Adakah selepas wabak Covid-19 ini kita tak mampu lagi melakukan apa-apa? Adakah kita semata-mata mengharapkan bantuan dari kerajaan sahaja?
Tidak! Bukan begitu yang Giena inginkan. Giena merasa semangat di minggu ini untuk mejentik emosi anda semua untuk sama-sama bangkit melawan perasaan takut itu dan keluar melangkah ke zon baru iaitu Learning Zone/Zon Belajar.
Di Zon Belajar inilah kita akan menggunakan ruang dan peluang yang ada untuk menambah nilai diri. Menambah ilmu pengetahuan dan mempelajari skill baru yang ada untuk mempersiapkan kita di masa hadapan. Semua orang sedang mempersiapkan diri menuju satu destinasi. Semestinya pilihan ada di tangan kita.

Berusahalah untuk keluarkan segala potensi diri dan menyumbang kepada orang disekeliling kita. Sebagai contoh, bersama-samalah dengan majikan di kala waktu yang mencabar ini. Waktu ini, sokongan moral yang kuat dan bermanfaat sangat diperlukan.
Usahlah risau. Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah telah aturkan yang terbaik untuk setiap hamba-nya termasuklah diri kita ini. Kesempatan yang ada semasa wabak ini jangan dipersia. Ayuh bangkit dan keluarkan diri dari comfort zone menuju kepada learning zone dan growth zone. Disana, pasti habuannya lebih besar dan kenangan di sepanjang proses ini menjadikan diri kita lebih menghargai peluang kehidupan dan mencari kesempatan dalam kesulitan.
Giena boleh bantu anda untuk “bangkit” dan memulakan sesuatu. Anda nak tahu? Giena akan kongsikan dalam artikel seterusnya. #StayHome #StaySafe